PENTINGNYA KOLOSTRUM Kolostrum atau susu pertama merupakan sumber antibodi bagi anak lembu atau kambing yang baru lahir. Setelah kelahiran, ternyata anak lembu/kambing tidak dibekalkan dengan kekebalan secara optomis untuk melawan penyakit pada waktu kelahiran. Kekebalan tubuhnya akan diperoleh dari kolostrum tersebut. Kolostrum yang didapati oleh induk lembu/kambing lebih kurang dalam tempoh empat hari setelah kelahiran. Oleh itu, sangat penting untuk diberikan kolostrum kepada anak yang baru lahir. Anak yang baru lahir akan menyerap antibodi melalui dinding usus selama 24-36jam pertama setelah kelahirannya. Jumlah terbanyak diserap pada jam pertama. Anak yang baru lahir akan diberikan kolostrum dalam 5% dari berat badannya. Jika beratnya 35kg, kolostrum yang diberikan 1.75kg setelah setengah jam kelahirannya. Pemberian diulangi 12jam kemudian dengan jumlah yang sama.
Search This Blog
Pembekal makanan ternakan dan haiwan peliharaan
makanan dan dedak ternakan pelbagai jenama untuk ternakan lembu pedaging/ lembu tenusu, kambing/bebiri, ayam/itik, arnab dan kucing